Assalamu'alaikum Wr.Wb Selamat Datang di Blog Dunia Pendidikan Berbagi Wawasan Keilmuan, Keislaman Oleh : Sahrialsyah Sinar, M.Pd.I

Selasa, 25 November 2014

URGENSI PENDIDIKAN USIA DINI
DALAM MEMBENTUK GENERASI ISLAMI
Oleh : Sahrialsyah Sinar
Pendidikan adalah hal yang paling fundamental dalam membentuk karakter setiap manusia. Bagaimana karakter dan kepribadiannya tak terlepas dari pendidikan apa yang ia dapat dari keluarga dan lingkungan dimana tempat dia bergaul. Tentunya dalam pergaulan lingkungan yang paling mendominasi adalah keluarga. Seorang anak yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang selalu di isi dengan nilai-nilai Islami, secara otomatis akan tumbuh menjadi insan yang berkarakter Islami.
            Namun sebaliknya, seorang anak yang terlahir dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang jauh dari nilai-nilai ke-Islaman, tentunya akan membentuk karakter manusia yang jauh dari nilai-nilai agama.
            Jhon locke seorang pakar Psikologi pada abad ke XIV.  mengemukakan sebuah teori “Tabularasa” berasal dari bahasa Yunani yang artinya adalah kertas kosong. Beliau mengibaratkan seorang anak kecil tak ubahnya seperti sebuah kertas kosong tanpa satu coretan apapun, dan kertas itu akan membentuk warna sesuai dengan tinta yang dicoretkan. Lanjutnya, karakter seorang anak akan dipengaruhi  oleh coretan-coretan pendidikan yang diberikan orangtua dan lingkungan tempat dimana ia bergaul dalam kesehariannya. Baik pendidikan orangtua, bagusnya lingkungan tempat ia bergaul, tentunya akan membentuk karakter kejiwaanya yang baik pula.

BIOGRAFI ALM.SYECH HASAN MAKSUM



BIOGRAFI ALM.SYECH HASANUDDIN MAKSUM

A.    Nama Lengkap :
1.      Hasanuddin bin Syech Muhammad Maksum bin Haji Abu Bakar yang masyur dengan HASAN MAKSUM.
2.      Lahir : Pada Hari Sabtu Jam 8,  Tangal 17 Muharram Tahun 1301 Hijiriah. 1882. Tempat Lahir di labuhan Deli Medan Labuhan Sumatera Utara.
3.      Meninggal Dunia : Pada Hari Kamis Jam 5.30 Waktu Shubuh.
 Tanggal 23 Syawal Tahun 1355 Hijiriah
 Atau 7 Januari 1937. Di Medan.
4.      Dikebumikan Di Pemakaman Mesjid Raja ( Mesjid Al-Mansun) Medan.
5.      Tutup usia : Kurang Lebih 54 Tahun, 9 Bulan 5 Hari.
B.     Pendidikan :
1.      Sekolah Rakyat ( SR) :Bertempat di Labuhan K/ 1 : 2 Tahun dengan Bahasa Inggris Gurunya seorang bangsa India ( Cylon) Dari Malaysia.
2.      Sekolah Agama : Bertempat di Mekkah Mukarramah, selama 16 Tahun di Masjidil Haram dan di rumah-rumah.
3.      Nama Gurunya : 1. H. ABDUSSALAM KAMPAR, 2.SYECH ABDUL HAMID KUDDUS, 3. SYECH USMAN TANJUNG PURA, 4. SYECH ABDUL KADIR AL-MANDILI, 5. SYECK SHALEH BAFADIL, 6. SYECH SA’ID JAMANI, 7. SYECH ABDUL KARIM DADHASTANY, 8. SYECH ALI MALIKI, 9. SYECH AMIN RIDWAN, 10. SYECH MUHAMMAD KHAYATH, 11.SYECH AHMAD CHATIB AL-MINANGKABAUI.
4.      Ilmu yang dipelajari : Nahu, Sharaf, Qiraat, Ma’ani, Manthik, Balaghah, Munazarah, Hisab, Palakiyah, Al- Arud, UshulFiqih, Al-Hadis, Tafsir, Fiqih, Tauhid, Tasawuf.
5.      Tariqatnya : Al-Wasliyah, Nasabandiyah.
6.      Mazhabnya : Syafiiyah.
C.    Pekerjaan :
1.      Guru Agama  : Pada masa di Mekkah Al-MuKarramah, Mengajar dirumahnya sendiri di kampong Syamiyah.
Di Medan mengajar pada beberapa tempat,dirumahnya sendiri, Madrasahnya sendiri, di Mesjid Raya Medan Al-Mashun, Mesjid Sekawasan Medan, Mesjid Kampung Percut, Mesjid Kampung Bandar Setia, Mesjid Bagan Deli.
2.      Imam /Khatib : Di Mesjid Raya ( Mesjid Al-Mashun) Medan.
3.      Pemeriksa /Imtihan Pada orang yang akan diangkat menjadi Kadhi dalam wilayah daerah Kerajaan Sultan Deli.
4.      Pernah menjadi adpisiur ( Penasehat) di landraad dalam bagian Hukum-hukum Islam.
5.      Pernah menjadi adpisiur ( Penasehat) di Mahkamah Kerapatan Sultan Deli dalam Bagian Hukum-hukum Islam.

D.    Hal-hal Yang Lain :
1.      Berangkat naik Ke-Mekkah Mukarramah dari Labuhan Deli pada tanggal 14 Syawal Tahun 1316 H. (1897). Melalui Perjalan Singapura.
2.      Turun di Mekkah Mukarramah yang pertama, tanggal 14 Muharram tahun 1326 Hijiriah ( 1907).
3.      Pada tanggal 16 Rajab tahun 1327 Hijiriah (1908). Berangkat lagi naik ke mekkah Mukarramah untuk yang kedua kalinya bersama-sama dengan ahli rumahnya.
4.      Syech Ahmad Chatib Guru besar yang terutama bagi Almarhum Syech Hasan Ma’sum, kembali Ke rahmatullahi Ta’ala pada hari Senin Pada Tangal 8 Dzumadil Awal tahun 1334 H ( 1914) di Mekkah Mukarramah.

SYECH HASAN MAKSUM

SYECH HASAN MAKSUM MUFTI KERAJAAN DELI

DALAM empat siri berturut-turut, ruangan ini menceritakan tentang ulama yang berasal dari Minangkabau. Dalam terbitan ini, kita akan memperkatakan mengenai ulama yang berasal dari kerajaan Melayu Deli. Pada masa dulu, sebelum Indonesia moden wujud, Deli adalah sebuah kerajaan Melayu. Bahasa dan budayanya sama dengan kerajaan-kerajaan Melayu di sekitarnya. Deli sangat erat hubungan kekeluargaannya dengan kerajaan Riau-Lingga, kerajaan Johor, kerajaan Selangor dan lain-lain. Dari Deli juga banyak lahir cerdik pandai termasuk ulama. 

Yang diriwayatkan ini adalah seorang tokoh dan ulama besar yang dilahirkan di Deli, Sumatera Utara. Seluruh lapisan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara umumnya cukup mengenali nama beliau. 

Nama lengkapnya ialah Al-Fadhil Al-Alim Syeikh Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Nama yang popular ialah Syeikh Hasan Ma’shum saja. Beliau lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937. Daripada ayah dan datuk Syeikh Hasan hingga beberapa lapis ke atas semuanya adalah ulama. Mereka berasal dari Aceh sebelum berpindah ke Deli. 

Artikel ini masih ada hubung kait dengan artikel yang lalu kerana ulama yang berasal dari Deli ini adalah tokoh ulama Kaum Tua yang membantah keras pendapat sahabatnya, Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah (tokoh Kaum Muda). Polemik bertulis antara mereka berdua melibatkan guru kedua-duanya, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau, yang memihak kepada Syeikh Hasan Ma’shum. 

Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dengan tegas menulis bahawa Ibnu Taimiyah, Ibnu Qaiyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau, Syeikh Abdul Karim Amrullah, adalah sesat. Menurut Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Sungguh berat bagi saya untuk mengungkapkan medan perbalahan tersebut, tetapi setelah saya renung dengan cermat kerana telah ramai orang yang membicarakannya, maka berat-berat pun ditulis juga. Anggap saja tulisan ini merupakan bahan kajian ilmiah. Tidak perlu kita menyalahkan pihak mana pun tanpa ilmu yang padu dan memadai. 

Ayah beliau, Syeikh Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar, adalah seorang ulama besar. Oleh itu Hasanuddin mendapat pendidikan secara langsung daripada ayahnya. Setelah berumur 10 tahun, ayahnya menghantarnya belajar ke Mekah. Guru-gurunya ialah Syeikh Abdus Salam Kampar, Syeikh Ahmad Khaiyath dan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau. Hasan Ma’shum sempat belajar daripada Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar tiga tahun, mulai tahun 1320H/1902 hingga awal tahun 1325H/1907. Setelah pulang dari Mekah, beliau dilantik sebagai Mufti kerajaan Deli oleh Sultan Ma’mun ar-Rasyid, Sultan Deli ketika itu. 

Polemik 

Dalam karyanya yang berjudul al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah, beliau menyebut bahawa pada akhir bulan Syaaban 1332 H/Jun 1914 beliau menerima risalah berjudul al-Fawaid al-‘Aliyah fi Ikhtilaf al-‘Ulama’ fi Hukmi fi talaffuzh an-Niyah. Yang dimaksudkan dengan risalah judul ini ialah karya Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah (ayah Prof. Dr. Hamka), iaitu sebuah risalah yang membantah talaffuzh an-niyah atau melafazkan niat, yang kemudian terkenal dengan istilah mengucap ‘Usalli’ sewaktu mula-mula memasuki sembahyang. Syeikh Hasan Ma’shum menulis, “Maka hamba dapati sungguh betul muallif (pengarang, pen:) risalah itu, ia menyatakan akan khilaf ulama pada masalah itu daripada hukum-hukum syarak. Tetapi pada faham hamba daripada perkataan muallif di beberapa tempat, bahawa adalah ia menguatkan orang yang mengatakan melafaz dengan yang diniatkan itu bidaah yang diketengahkan. Dan ia menolak akan orang yang mengatakan sunat atau wajib. Nampaknya bukan hanya sekadar demikian, bahkan tuduhan lebih berat dan hebat daripada yang tersebut itu, sebagaimana dinyatakan pada sambungan kalimat di atas. Katanya, “Hingga dibangsakannya pula akan perbuatan itu kepada Mazhab asy-Syaithan.” (Lihat al-Quthufat, hal. 2.)